Hai, bagaimana kami boleh membantu?

[Asas Pembeli] Bagaimanakah cara menggunakan ciri Pertanyaan Saya (My Enquiries) pada aplikasi Shopee?

Bahasa Malaysia | English

Hantar dan jejak pertanyaan anda dengan mudah dalam aplikasi Shopee melalui ciri Pertanyaan Saya (My Enquiries)! Sebarang pertanyaan dan siasatansemasa anda akan dipaparkan dalam tab Pertanyaan Saya (My Enquiries).

 

Bagaimanakah cara untuk mencari tab Pertanyaan Saya (My Enquiries)?

1d3d09cc566e44fd9f582c65b2e4e200.gif

 

Langkah 1: Pergi ke halaman 'Saya'

Langkah 2: Skrol ke bawah dan tekan 'Pusat Bantuan'

Langkah 3: Ketik Pertanyaan Saya di bahagian atas kanan halaman 

 

💡 Tip: Klik pada mesej lama untuk memaparkan sejarah mesej secara penuh

 

Bagaimanakah cara menggunakan Pertanyaan Saya (My Enquiries)?

 

 

 

Anda boleh melihat jenis pertanyaan anda pada tab 'Sedang Berlangsung’ atau ‘Ditutup’.

 

  • Sedang Berlangsung: Pertanyaan masih menunggu penyelesaian.
  • Ditutup: Pertanyaan yang telah diselesaikan dalam tempoh 30 hari yang lalu.

 

Dalam setiap pertanyaan, anda boleh melihat maklumat tentang kes, sejarah mesej dan balasan terkini.

 

💡 Tip: Anda boleh membuka semula pertanyaan yang ditutup dengan mengklik butang ‘Contact Agents (Hubungi Ejen)

 

Apa yang perlu saya lakukan jika saya tidak menerima maklum balas daripada ejen Khidmat Pelanggan?

 

 

 

Anda boleh gunakan butang 'Nudge' untuk mengingatkan ejen berkenaan maklum balas jika anda tidak melihat maklumat terkini pada pertanyaan anda.

 

⚠️ Nota:

 

  • Titik merah akan muncul dalam tab Pertanyaan Saya (My Enquiries) apabila anda menerima respon daripada ejen atau apabila status berubah kepada 'Tindakan Anda Diperlukan', 'Pertanyaan Lengkap’ dan 'Pertanyaan Diselesaikan'
  • Pertanyaan dengan maklum balas baru yang belum dibaca akan ditandakan dengan latar belakang merah jambu
  • Status pertanyaan anda akan muncul sebagai 'Pertanyaan Lengkap’ jika anda tidak menjawab dalam masa 3 hari setelah status dikemas kini ke 'Pertanyaan Diselesaikan'
Adakah anda berpuas hati dengan artikel ini?
Berpuas hati
Tidak berpuas hati